Allah SWT menjanjikan balasan syurga kepada mereka yang melaksanakan perintah-Nya dengan penuh ketakwaan, keimanan, tulus dan ikhlas semata-mata kerana-Nya.
Kebahagiaan dan kenikmatan syurga memang sukar diterangkan. Namun, Rasulullah SAW ada menceritakannya dalam hadis Baginda.
Daripada Abu Sa'id al-Khudri, bahawa Rasulullah bersabda bermaksud :
"Sesungguhnya Allah berfirman kepada ahli syurga : Wahai ahli syurga!
Mendengarkan yang demikian, mereka menjawab : Kami sentiasa menyahut seruan-Mu ya Tuhan kami! Dan sentiasa memuliakan-Mu, sedangkan segala kebaikan tetap dalam kekuasaan-Mu!
Tuhan berfirman lagi: Adakah kamu berpuas hati dengan balasan nikmat syurga yang ada ini?
Mereka menjawab : Mengapa pula kami tidak berpuas hati ya Tuhan kami, sedang Engkau telah mengurniakan kami dengan pemberian-pemberian yang tidak pernah Engkau berikan kepada sesiapa pun daripada makhluk-makhluk yang Engkau jadikan?
Mendengarkan itu, Tuhan berfirman : Mahukah Aku berikan kepada kamu yang lebih baik daripada itu?
Bagi menjawab pertanyaan itu mereka pula bertanya : Apa dia yang lebih baik daripada itu?
Allah berfirman: Aku limpahkan kepada kamu keredaan-Ku, maka dengan yang demikian Aku tidak murka kepada kamu sesudah itu selama-lamanya.". (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, at-Tirmizi dan Imam Ahmad).
Antara perkara akhirat yang wajib diketahui serta dipercayai dan diakui benarnya ialah di sana ada kolam air bagi setiap Nabi untuk diminum oleh umat masing-masing.
Bagi Nabi Muhammad SAW disediakan sebuah kolam yang airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada air madu, pialanya banyak tidak terhitung.
Nabi Muhammad SAW akan berada dekat kolam itu pada Hari Kiamat menunggu sesiapa antara umatnya yang datang minum daripada airnya.
Sesiapa yang dapat minum dari air kolam itu tidak akan berasa haus dahaga selama-lamanya.
Ada pun minuman yang ada dalam syurga, maka disediakan hanya untuk diminum buat berlazat-lazat dan bersuka ria.
Perkara sedemikian kerana : "Sesungguhnya engkau - wahai penduduk syurga - tidak akan berasa haus dahaga dalamnya." (Maksud ayat 119, surah Taha).
Air kolam itu tidak dapat diminum oleh sesiapa yang menukar bawaan hidupnya yang baik kepada tidak baik, selepas Nabi SAW menyatakan apa yang baik dan apa yang sebaliknya. Malah, orang yang disebutkan itu disekat daripada sampai ke kolam itu dan dijauhkan daripadanya.
Kolam itu dinamakan ‘Kolam al-Kauthar’ kerana airnya dari sebatang sungai di syurga yang bernama al-Kauthar yang dikurniakan Tuhan, khusus kepada Nabi Muhammad SAW. Sungai itulah yang memenuhi kolam yang disebutkan itu melalui dua saluran emas dan perak.
Bau tanah dasar sungai itu lebih harum daripada kasturi.
Hakikat seperti yang disebutkan itu terkandung dalam hadis berikut:
** Daripada Anas, katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Dalam masa aku sedang berjalan di syurga (pada malam Mi'raj), tiba-tiba aku bertembung dengan sebatang sungai yang ada pada kedua-dua tebingnya kubah-kubah dari mutiara yang dironggakan.
Aku bertanya : Sungai apa ini wahai Jibril? Jibril menjawab : Ini ialah sungai al-Kauthar yang Tuhanmu kurniakan kepadamu..." - (Hadith riwayat Bukhari dan at-Tirmizi).
** Daripada Abdullah bin Umar, katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Kauthar itu ialah sebatang sungai dalam syurga, kedua-dua tebingnya adalah daripada emas, aliran airnya di atas mutiara dan yakut, bau tanah di dasarnya lebih harum daripada kasturi, dan airnya lebih manis daripada air madu dan lebih putih daripada salji." (Hadith riwayat at-Tirmizi).
** Daripada Aisyah, katanya : "Aku ada mendengar Rasulullah SAW bersabda ketika Baginda berada antara sahabatnya :
Sesungguhnya aku akan berada di kolamku, menunggu siapa antara kamu datang hendak minum daripada kolamku itu.
Apabila datangnya orang itu, maka demi Allah! Sesungguhnya ada orang yang disekat-sekat daripada sampai kepadaku, lalu aku merayu dengan berkata : Ya Tuhanku! Mereka daripada orangku dan daripada umatku!
Maka, Tuhan berfirman : Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak mengetahui apa yang mereka lakukan sesudah engkau wafat - mereka sentiasa berbalik kepada pegangan dan amal perbuatan mereka yang dulu.
Pada satu riwayat : Maka aku pun berkata: Jauhlah, jauhlah daripada rahmat Allah, sesiapa yang mengubah ajaranku sesudah aku menerangkannya." - (Hadith riwayat Muslim).
** Daripada Abu Zar, katanya : "Aku bertanya : Ya Rasulullah! Apa keadaan piala-piala kolam al-Kauthar itu?
Rasulullah SAW menjawab: Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaan-Nya! Sesungguhnya bilangan pialanya lebih banyak daripada bilangan bintang di langit yang tetap dan yang beredar, pada malam yang gelap gelita, dan yang bersih cuacanya.
Piala itu adalah piala syurga, sesiapa yang minum dari piala itu tidak akan berasa dahaga selama-lamanya.
Dua saluran dari syurga menyalurkan air ke dalam kolam itu...
Pada satu riwayat, Rasulullah SAW ditanya mengenai air kolam itu, lalu Baginda menjawab :
Airnya lebih putih daripada air susu, dan lebih manis daripada air madu; dua saluran dari syurga menyalur serta menambah air ke dalamnya, satu daripada emas dan yang satu lagi daripada perak." - (Hadis riwayat Muslim).