Masyarakat Islam adalah komuniti yang berpegang teguh kepada akidah dan ideologi. Daripada akidah dan ideologi itu, maka muncul undang-undang, hukum-hakam, peradaban dan tata susila. Namun, ini bukan bermakna orang Islam memutuskan seluruh kehidupannya dengan bukan Islam sama ada pada peringkat individu, tempatan mahupun antarabangsa.
Umat Islam menjalinkan hubungan sesama mereka dan bukan Islam. Dasar tetap yang digariskan merangkumi prinsip toleransi, keadilan, kebajikan dan belas ihsan kepada golongan bukan Islam. Prinsip utama dalam melayani bukan Islam ialah mereka hendaklah diberi layanan sama rata dengan umat Islam, melainkan atas beberapa aspek saja. Aspek pengecualian ini amat terhad dan selalunya hanya berkisar dalam perkara yang membabitkan peribadatan.
Antara hak bukan Islam dalam negara Islam :
* Hak mendapat perlindungan :
Hak ini merangkumi perlindungan daripada pencerobohan luar dan kezaliman daripada dalam negara. Golongan bukan Islam berhak menikmati keamanan dan kestabilan hidup. Hak ini adalah hak sama yang dikecapi oleh orang Islam. Pemerintah Islam bertanggungjawab untuk melindungi walaupun setitik darah mereka. Orang Islam dalam negara Islam juga dilarang sama sekali menyakiti bukan Islam atau mencerobohi diri, keluarga harta atau agama mereka sama ada melalui tangan (kekuasaan) atau lidah mereka. Apatah lagi, umat Islam ditegah daripada membunuh mereka. Hak perlindungan yang tetap ini meliputi darah, jiwa dan tubuh mereka. Begitu juga harta benda dan kemuliaan mereka.
Perkara itu dapat dilihat daripada syariat yang ditetapkan. Umpamanya, mencuri harta bukan Islam boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan Allah dalam al-Quran, sama seperti mencuri harta orang Islam.
* Kebebasan beragama :
Islam menjamin bukan Islam mengamalkan agama mereka. Orang bukan Islam bebas menganuti agama, kepercayaan dan beribadat mengikut agama mereka. Orang bukan Islam tidak boleh dipaksa menganut agama Islam dan tidak akan ditekan semata-mata agar mereka memeluk Islam. Sejarah membuktikan Islam disebarkan bukan melalui mata pedang, tetapi kerana keindahan dan keadilannya yang menambat hati bukan Islam memeluk agama suci ini.
* Kebebasan memegang jawatan dalam kerajaan :
Orang bukan Islam diberi kebenaran untuk memegang jawatan dalam kerajaan Islam, selain yang membabitkan hal keagamaan seperti ketua negara, ketua angkatan tentera, ketua hakim dan sebagainya yang mana membabitkan urusan agama. Dalam urusan lain tiada halangan bagi bukan Islam menyandang jawatan kerajaan.
Bagi jawatan ketua negara, umpamanya, jawatan itu membabitkan pentadbiran sebuah negara Islam yang juga negara ideologi. Maka, wajar bagi orang Islam sendiri mengendalikannya dan tidak munasabah urusan berkaitan pentadbiran agama Islam diserahkan kepada ketua negara yang bukan Islam.
Begitu juga dalam hal jawatan ketua angkatan tentera yang mana dalam Islam sebenarnya mempertahankan kedaulatan negara adalah satu ibadat. Jihad adalah kemuncak seluruh ibadat dalam Islam. Oleh itu, dalam hal ibadat seperti ini adalah tidak wajar ia diserahkan kepada bukan Islam. Namun, bukan Islam tidak dilarang bersama-sama dengan orang Islam berjuang mempertahankan kedaulatan negara. Orang bukan Islam tidak boleh dipaksa menjadi askar dalam sebuah negara Islam.
Menjatuhkan hukuman pula adalah suatu perkara yang disyariatkan oleh Allah. Dari sudut ini, kita dapat lihat bukan Islam tidak dipaksa menjatuhkan hukuman yang mana mereka sendiri tidak beriman kepadanya terhadap orang Islam. Begitu pun, hakim bukan Islam boleh menjatuhkan hukuman yang tidak selari dengan hukum Islam, selagi mana pihak terbabit adalah juga pihak yang tidak beragama Islam.
* Kebebasan bekerja dan mencari untung :
Orang bukan Islam mempunyai hak yang tidak boleh disangkal untuk bekerja, berniaga dan mendapat untung. Ini boleh dilakukan dengan berkongsi sesama mereka atau dengan orang Islam atau bekerja secara sendirian. Keadaan mereka dari aspek ini langsung tidak berbeza dengan keadaan orang Islam yang diberi peluang untuk menjalankan kegiatan ekonomi dan perdagangan bagi memajukan diri masing-masing.
Dalam Islam, umat Islam dan bukan Islam perlu bersaing demi memajukan diri mereka sendiri. Orang bukan Islam tidak ditindas dalam mencari kekayaan dan ini memberi peluang kepada semua rakyat bersaing dalam keadaan yang memberi keadilan kepada semua pihak.
* Jaminan hak asasi :
Syariat Islam memperuntukkan hak yang jelas bagi bukan Islam dan kebebasan ini dijamin oleh pemerintah Islam. Adalah menjadi kesalahan bagi umat Islam sekiranya mereka melanggar atau mengugut untuk melanggar hak asasi bukan Islam. Dari aspek ini sebenarnya, syariat Islam dilihat lebih melindungi hak bukan Islam berbanding agama lain.
Hak asasi ini adalah pelbagai dan merangkumi hak berkaitan kehidupan seharian, perkara berhubung keluarga dan kemasyarakatan serta aspek yang lebih besar seperti pendidikan, keturunan dan perekonomian.
Masyarakat Islam secara kolektif bertanggungjawab menjalankan syariat Islam dan melaksanakan hukum yang termaktub dalamnya, termasuk perkara berhubung hak bukan Islam. Sekiranya berlaku kecuaian atau penyelewengan oleh orang Islam dan melampaui batas dibenarkan, maka umat Islam sendiri perlu memperbetulkan keadaan. Mereka perlu mengembalikan hak itu kepada yang berhak berlandaskan jalan benar dengan menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran.
Syariat Islam sebenarnya sentiasa memihak kepada orang yang dizalimi atau dicerobohi biarpun orang itu bukan Islam. Pembelaan akan diberikan kepada mereka tanpa mengambil kira faktor keagamaan. Pemerintah Islam yang zalim terhadap rakyat bukan Islam pun boleh diambil tindakan kerana kezaliman yang dilakukan oleh mereka.
Oleh itu, tidak timbul langsung isu bukan Islam akan ditekan atau didiskriminasi dalam pemerintahan Islam. Hak bukan Islam ini sebenarnya wajib dipelihara oleh orang Islam kerana ia adalah tuntutan yang wajib dipatuhi oleh setiap umat Islam. Membenarkan hak ini adalah suatu kewajipan dan menafikannya adalah suatu tegahan.